Kontroversi Ngeh Koo Ham

Pada 16 September 2012, Ngeh telah menulis dalam laman sosial Twitter, “Khairy mahu umat Islam berdemo menentang (klip video) Sam Bacile, untuk Islam atau kepentingan politik? Kenapa umat Islam membuang masa dan tenaga untuk semua ini.” [2] Kenyataan itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan beberapa pihak kerana menyentuh isu yang berkait dengan agama Islam.